Lebih kurang sama bukan bentuk logo halal berkenaan? Ini adalah realiti yang kita akan temui jika kita cermat dalam meneiti kepelbagaian logo halal dipasaran. Yang mana yang betul? Berikut ulasan saya bagi setiap satu logo berkenaan dari kanan ke kiri gambar. LOGO PERTAMA: Latar belakang logo dan ruang diantara bulatan dalam dengan bintang berbucu lapan warna hitam.
Sebagaimana dijelaskan dalam penulisan awal, warna pada logo bukan satu masalah
LOGO KEDUA: Huruf 'ha' ada titik di atas Carian saya diinternet mendapati 'ttik' pada huruf 'ha' ini adalah satu anak panah kecil. perhatikan gambar berikut yang sama dan lebih jelas:

LOGO KETIGA: Huruf 'ha' dan 'lam alif' yang berbeza.
Bentuk 'ha' mungkin berbeza dari jenis khat atau 'font' yang digunakannya tetapi saya pernah dimaklumkam bentuk 'lam alif ' nya adalah salah dari segi khatnya.
LOGO KEEMPAT Bulatan segi warna hijau.
Isu disini sebenarna bukannya warna hijau berkenaan yang tela pun diulas tetapi bentuk logo halal ini tidak menepati spesifikasi Logo Halal Malaysia kerana tidak ada bintang kecil berbucu lima di kiri dan kanan bulatan luar yang memisahkan perkataan MALAYSIA' dalam tulisan rumi dan tulisan jawi
sekian. wassalam.
www.salihinyusof.blogspot.com
19 Oktober 2010 @ 11.25 pm
No comments:
Post a Comment